BUKIT MERTAJAM – Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan guru dan pengendali tadika, taska serta prasekolah agar melakukan saringan kesihatan ke atas kanak-kanak dalam usaha membendung penularan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, arahan itu telah dikeluarkan sejak Isnin lepas bagi memastikan kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak datang ke premis berkenaan supaya murid lain tidak dijangkiti. “Selain itu pihak Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh negara juga memberi tunjuk ajar kepada guru dan pengendali tadika, taska dan prasekolah bagaimana menjaga kebersihan serta membersihkan tangan dengan cara yang betul supaya kanak-kanak dapat mengamalkannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya