PUTRAJAYA – Seluruh rakyat Malaysia diseru mempamerkan semangat cintakan negara bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan serta kediaman masing-masing. Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, semangat patriotik itu wajar ditonjol sesuai dengan kebangkitan semangat rakyat melalui Malaysia baharu pimpinan kerajaan Pakatan Harapan. “Kita berharap masyarakat akan menzahirkan semangat patriotik mereka dengan membeli sendiri jalur gemilang dan mengibarkannya sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini sebagai tanda, kita kini dalam era baharu dan menyokong pentadbiran kerajaan baharu,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya