KUALA LUMPUR – Aktor dan aktivis teater popular, Khalid Salleh (gambar kecil) meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat penyakit kanser prostat kira-kira pukul 3 petang semalam. Anak bongsu Allahyarham, Mohd. Asyik, 24, memberitahu, ayahnya yang pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem Asia Pasifik pada tahun 1998 menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Ampang Puteri. Katanya, Allahyarham tiba-tiba mengadu sesak nafas pagi semalam sebelum ibunya bergegas membawa aktor dikenali dengan panggilan Wak Khalid itu ke hospital. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya