KOTA KINABALU – Pergerakan Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO) tidak terjejas dengan pengunduran bekas Ketua Pemuda UPKO, Arthur Sen semalam. Pemangku Ketua Pemuda UPKO, Kennedy G. John berkata, pengunduran Arthur merupakan keputusan individu yang tidak menggambarkan suara majoriti pemuda UPKO. Menurut Kennedy, barisan pemuda UPKO kekal memberikan sokongan kepada pucuk pimpinan parti diterajui Pemangku Presiden, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah. “Barisan Exco pemuda masih bersatu dan memberikan sokongan sepenuhnya terhadap pimpinan UPKO di bawah Wilfred Madius Tangau. “Kita terkejut dengan keputusan Arthur,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya