Kementerian Kesihatan nafi arah tutup Klinik 1Malaysia - Utusan Malaysia

Kementerian Kesihatan nafi arah tutup Klinik 1Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Kementerian Kesihatan menafikan mengeluarkan arahan supaya menutup Klinik 1Malaysia seperti yang didakwa dan tular dalam media sosial. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, beliau bagaimanapun mengesahkan terdapat rancangan kerajaan untuk menutup beberapa klinik komuniti. Jelasnya, sehingga kini kementerian masih belum memuktamadkan atau memberi arahan penutupan klinik komuniti atau Klinik 1Malaysia. “Ini memandangkan proses kaji semula ini masih perlu ‘dimurnikan’ sebelum dimuktamadkan oleh pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya