MEKAH 29 Julai – Sejak kecil, tiga beradik kembar ini tidak pernah membelanjakan duit raya mereka kerana kesemuanya diambil oleh ibu untuk disimpan dalam akaun Tabung Haji masing-masing. Kini, Muhamad Zaini Fikri, Muhamad Zarif Fikri dan Muhamad Zazali Fikri Mohd. Yusop bersyukur kerana sikap beringat ibu membolehkan mereka bersama-sama mengerjakan haji pada usia muda 27 tahun. Menurut Muhamad Zaini Fikri selaku abang, mengerjakan haji dengan wang simpanan sendiri sejak kecil membuatkan mereka lebih menghargai setiap saat berada di tanah suci. “Apabila datang pakai duit sendiri lain rasanya. Jika rasa letih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya