MIRI – Mayat guru wanita yang rentung dalam kebakaran kuarters kediaman di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Mulu awal pagi ini telah dikenalpasti sebagai Catherine Janet Tiwi. Mangsa dipercayai maut setelah telah bertindak untuk menyelamatkan dua orang rakan gurunya semasa kejadian berlaku. Ketua Polis Marudi Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, menurut saksi sebelum kebakaran berlaku bekalan elektrik terputus (blackout) dan tiba-tiba api terus merebak dari bahagian dapur dengan pantas. “Dalam keadaan kelam kabut keluar menyelamatkan diri, mangsa dikatakan cuba mengeluarkan dua orang guru yang berada di dalam sebuah bilik namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya