KEPANTASAN dan kelicikan Mbappe menjadi senjata Perancis menumbangkan Argentina. Faktor itu tidak boleh disangkal. Sejak awal permainan, tumpuan serangan Perancis ialah melorongkan bola kepada penyerang PSG itu untuk merobek pertahanan Argentina. Larian deras dan kelicikan menggelecek Mbappe yang disifatkan banyak pemerhati persis lagenda Perancis, Thierry Henry menimbulkan kegusaran pertahanan Argentina. Kemasukan Fazio menggantikan Rojo pada separuh kedua dengan tujuan memperkukuhkan sektor pertahanan Argentina ternyata suatu kesilapan. Tidak dinafikan Fazio seorang pemain pertahanan yang baik, cumanya dia kekurangan aspek kelajuan. Gandingan pertahanan Argentina pada separuh masa kedua, Mercado-Fazio-Otamendi ternyata gagal untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya