KOTA BHARU 29 Julai – Tuah nyata menjadi milik Kelantan apabila kemenangan 2-1 ke atas Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi mengesahkan pasukan itu ke saingan Piala Malaysia musim ini. Kemenangan itu menyaksikan, Kelantan yang menduduki tangga ke-11, layak secara merit ke saingan Piala Malaysia sekaligus menyingkirkan Negeri Sembilan selain memberikan kelegaan buat pemangku jurulatih Yusri Che Lah selepas dihimpit pelbagai kontroversi musim ini. Beraksi di atas permukaan padang yang becak, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berhati-hati apabila setiap peluang yang dimilik gagal diterjemahkan dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya