RAI. Kelab Sahabat 62 yang terdiri daripada bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia sesi 1962 telah meraikan seramai 20 orang anak-anak yatim sekitar Gombak bertempat di Restoran Nelayan Gombak, Jalan Gombak, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut penyelaras program, Rohaya Ahmad, majlis itu diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018. Hadir sama Pengerusi Kelab Sahabat 62, Taufik Rashidi Omar dan Penasihat, Ishmael Abdullah bersama dengan 70 orang ahli.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya