PUTRAJAYA – Punca sebenar kehilangan pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines pada bulan Mac 2014 tidak dapat dikenal pasti kerana kekurangan bukti kukuh. Rumusan itu dibuat oleh Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia berdasarkan tujuh bidang analisis utama selepas lebih empat tahun menjalankan siasatan. Tujuh bidang analisis itu iaitu lencongan pesawat dari laluan asal penerbangan, profil kru, layak terbang, penyelenggaraan dan sistem pesawat, komunikasi satelit, maklumat bangkai dan impak pesawat, muatan kargo serta perkhidmatan trafik udara. Ketua pasukan penyiasatnya, Datuk Kok Soo Chon berkata, tanpa pemeriksaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya