DI SANA-SINI orang ramai memperkatakan tentang pengumuman Menteri Pendidikan baharu yang banyak idea, Dr. Maszlee Malik, mengarahkan penukaran warna kasut sekolah daripada putih ke hitam. Peralihan warna kasut sekolah ini akan berlaku dalam tempoh setahun. Ramailah yang memberi pendapat dan hujah masing-masing. Ada yang menyokong khususnya kaum ibu yang melihat keputusan ini mampu meringankan ‘beban’ hujung minggu mereka selama ini membasuh kasut putih yang mudah kotor. Tidak kurang juga kaum bapa mengalu-alukannya atas alasan meringankan ‘beban’ dari segi ekonomi keluarga kerana mengurangkan kos membeli kapur kasut dan tidak terlalu mendesak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya