KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri akan membincangkan isu mengenai pengambilan pekerja asing dari Nepal pada Jumaat ini, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran. Beliau berkata antara isu utama yang akan dibincangkan termasuklah peranan sebuah syarikat tempatan yang dikaitkan dengan urusan pengambilan pekerja asing dari negara itu. Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada sesi Waktu Petanyaan-Pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat, hari ini, beliau berkata yang menjadi isu adalah penyumberluaran yang dilakukan syarikat berkenaan. Kula Segaran berkata perkara itu akan diperhalusi dan tindakan perlu diambil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya