IPOH 24 Julai – Seorang pekerja stesen minyak dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan salah guna dan curi kad minyak milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjumlah RM12,066 minggu lalu. Majistret Siti Hafiza Jaafar menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh, Thur Aqil Zaharuddin, 20, mengaku bersalah sebaik sahaja kedua-dua pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa. Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang bekerja sebagai juruwang didapati menyalahgunakan harta iaitu kad inden Petronas milik PDRM berjumlah RM12,066 di Stesen Minyak Petronas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya