DALAM kalangan sekumpulan wanita yang menghadiri temu duga di sebuah syarikat teknologi maklumat di Damansara, Selangor lima tahun lalu, hati Roger James Arnold begitu terpaut dengan seorang wanita bertudung litup. Konsultan Keselamatan Teknologi Maklumat yang berdarah keturunan Serani itu tanpa berfikir panjang telah memilih Roslaili Abdul Rahim untuk mengisi kekosongan jawatan setiausaha di pejabatnya. Itulah kali pertama dalam hidupnya dia memilih seorang wanita Islam untuk membantu menguruskan tugas-tugas di pejabat. Anehnya, setiap kali wanita berkenaan meminta izin untuk menunaikan solat apabila azan berkumandang, hatinya membuak-buak ingin mengetahui tentang rukun Islam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya