MUAR 24 Julai – Kerajaan negeri tiada masalah untuk meningkatkan bekalan air mentah kepada Melaka berbanding 35 juta gelen sehari yang disalurkan ketika ini. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, walau bagaimanapun pihaknya perlu meneliti semula perkara tersebut kerana Johor juga perlu bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk musim kemarau. “Boleh memang boleh (tambahan), tetapi kita kena teliti semula dan melihat kemampuan semasa Johor untuk membekalkannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menandatangani Perjanjian Tambahan Air Kedua Antara Johor dan Melaka di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir, Ketua Menteri Melaka,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya