BUAT pertama kali dalam tempoh hampir setahun, skuad hoki wanita negara kembali diperkuatkan dengan kepulangan ‘jeneral’ bahagian tengah, Noor Hasliza Md. Ali menghadapi lima siri persahabatan di Brisbane, Australia bermula Isnin hingga 29 Julai ini. Kali terakhir Hasliza yang genap usia 29 tahun kelmarin, menyarung jersi Malaysian Tigress sewaktu meraih pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada hujung Ogos tahun lalu sebelum terpaksa ‘berehat’ buat sementara waktu kerana hamil anak pertama. Hasliza yang sudah bersama skuad senior sejak usia 14 tahun, kembali ‘turun padang’ menyertai sesi latihan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya