TANGKAK 22 Julai – Jenazah bayi, Naufal Amsyar Nabil Fikri yang meninggal dunia selepas empat hari dirawat di hospital selamat dikebumikan lewat petang ini. Bayi berusia 10 bulan yang merupakan anak tunggal kepada pasangan Nabil Fikri Anwar, 28, dan Noraziqah Rohmat, 23, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kontang, di sini kira-kira pukul 7 petang ini. Jenazah terdahulu dibawa ke Surau Rumah Pangsa Jalan Ong Siong, di sini untuk disembahyangkan selepas proses bedah siasat selesai dilaksanakan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar. Naufal Amsyar yang dimasukkan ke hospital sejak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya