BUAT pemuja muzik penyanyi kelahiran Indonesia iaitu Tulus, kunjungan penyanyi berkenaan ke Malaysia baru-baru ini ibarat mengisi kiub dambaan selama tujuh tahun selepas album pertama lelaki itu diluncurkan pada tahun 2011. Tulus atau nama lengkapnya, Muhammad Tulus, 30, bukan satu nama asing di Malaysia. Dendangan lagu-lagu popularnya seperti Gajah, Teman Hidup, Pamit dan Manusia Kuat sudah lama berkumandang dan menjadi siulan ramai. Cumanya, dia belum benar-benar datang ke Malaysia bagi bertemu dan beramah mesra dengan teman media di sini serta pengikut mahakarya muziknya. Menjelaskan kepada media yang hadir ke majlis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya