SEMASA bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih menjadi Perdana Menteri keenam, beliau memperkenal konsep 1Malaysia. Konsep ini diperkenal secara tiba-tiba dan tiada penjelasan tentang konsep tersebut. Sebelum beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi memperkenal konsep Islam Hadhari, yang juga mencetuskan pelbagai persoalan pada mulanya. Konsep 1Malaysia pada awalnya ramai mentafsirkannya dengan pelbagai tafsiran termasuk bahawa dengan adanya 1Malaysia semua rakyat bersatu tanpa mengira kaum agama dan bangsa. Malah tafsiran yang lebih ekstrem ialah mengatakan dengan konsep ini semua bangsa dan agama adalah sama tinggi berdiri dan sama rendah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya