ROSTOV-ON-DON, Russia 1 Julai –Penyerang Belgium, Dries Mertens menggesa rakan seperjuangannya agar tidak memandang Jepun dengan sebelah mata dalam usaha melayakkan diri ke suku akhir Piala Dunia, esok. Belgium dilabel sebagai kuda hitam dalam kejohanan kali ini, dengan ‘generasi emas’ melakar rekod cemerlang untuk mara ke peringkat kalah mati. Skuad bimbingan Roberto Martinez menundukkan England 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan G, sekali gus mengungguli kedudukan teratas untuk berdepan Jepun di pusingan 16 terakhir. Mertens bagaimanapun berkata, skuad Red Devils enggan mengulangi episod di suku akhir Euro 2016, yang mana mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya