ALOR GAJAH 17 Julai – Penggunaan motosikal sememangnya menjadi pilihan kerana lebih menjimatkan kos selain memudahkan perjalanan terutama bagi yang tinggal di kawasan berkepadatan tinggi dan sesak. Namun sikap tidak prihatin dan sentiasa ambil mudah segelintir pengguna motosikal sering kali menimbulkan rasa kurang selesa kepada orang ramai terutama penjalan kaki dan pengguna kenderaan lain. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar pekan Alor Gajah di sini mendapati banyak pengguna motosikal meletakkan motosikal mereka di lokasi tidak sepatutnya seperti petak parkir kereta, depan premis perniagaan dan di kaki lima. Hal ini secara tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya