Isu kewarganegaraan pemegang MyKas, MyPR perlu segera diselesaikan - Utusan Malaysia

Isu kewarganegaraan pemegang MyKas, MyPR perlu segera diselesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta segera menyelesaikan isu kewarganegaraan penduduk asli yang menjadi pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) dan Pemastautin Tetap (MyPR) di Sarawak. Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin berkata, hingga kini, terdapat lebih kurang 75,000 penduduk asli Sarawak yang memegang MyKas dan 3,000 pemegang MyPR di seluruh negeri. “Ada antara mereka tinggal di pedalaman, tidak mempunyai akses untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara dan kurang kesedaran pada masa dahulu menyebabkan mereka lambat mendaftar sebagai warganegara. “Jadi mereka tidak mempunyai sijil kelahiran dan sebagainya yang seterusnya menjadikan mereka tiada kerakyatan atau pemegang MyKas dan MyPR,” katanya pada program temu bual Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) malam tadi. Beliau berkata, di kawasan Puncak Borneo, 70 peratus daripadanya adalah pedalaman yang terjajar hingga sempadan Indonesia yang mana keadaan itu menyukarkan penduduk untuk ke bandar bagi proses permohonan kewarganegaraan. Sementara itu beliau mencadangkan kerajaan merekrut dan melatih penduduk tempatan Sarawak sebagai persediaan menjawat jawatan tinggi dalam jabatan dan agensi kerajaan seiring dengan proses Borneonisasi yang termaktub menerusi Perjanjian Malaysia 1963. “Walaupun kita sudah bersedia untuk memberikan jawatan-jawatan tinggi di jabatan dan agensi kerajaan kepada penduduk tempatan tetapi sekiranya dari segi sumber manusia mereka tidak bersedia, ia boleh menjadi masalah,” katanya. – Bernama 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya