Melayari bahtera perkahwinan sebagai pasangan suami isteri bukan satu fasa yang mudah. Perselisihan faham, persengketaan kecil, malah konflik ringan ibarat perkara lazim berlaku lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Begitu pun, lain pula bagi pasangan suami isteri yang tidak sanggup lagi menahan derita hidup di bawah sebumbung sama atas pelbagai faktor. Lebih malang, ada yang berlarutan sehingga terjadinya kes jenayah rumah tangga seperti pukul, dera dan sebagainya. Lantaran itu, langkah terakhir yang boleh diambil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya