AMSTERDAM 17 Julai – Iran telah memfailkan saman terhadap Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan sekatan yang dikenakan Washington terhadap negara itu pada Mei lalu telah mencabul perjanjian dua hala 1955 antara kedua-dua negara. Saman berkenaan yang difailkan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) antaranya mendesak AS menarik balik sekatan itu. AS dijangka mencabar permohonan itu dengan alasan ICJ tidak mempunyai bidang kuasa terhadap kes berkenaan. Mahkamah tersebut masih belum menetapkan tarikh untuk prosiding selanjutnya. – Reuters
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya