SEJAK kebelakangan ini, kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun sering dilaporkan di dada-dada akhbar. Terbaharu ialah pada 10 Julai lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas disahkan didera ibu kandungnya sendiri di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak, Kuantan. Laporan awal mendapati, mayat mangsa turut mempunyai kesan lecur pada kemaluan selain beberapa kesan lebam pada bahagian pergelangan kaki, belakang badan, pinggang dan punggung. Situasi tersebut lantas mendatangkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat hari ini. Justeru bagi mengetahui lebih lanjut mengenai isu tersebut, wartawan Kosmo!…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya