ISLAMABAD – Bintang kriket Pakistan yang beralih arah menjadi ahli politik, Imran Khan mendakwa partinya telah mencapai kemenangan, meskipun parti lawan menuduh pilihan raya umum dicemari kelewatan dalam pengiraan undi. Dengan kiraan undi yang masih berjalan, parti pimpinan Imran, Tehreek-i-Insaf (PTI) atau Pergerakan Keadilan Pakistan dilaporkan mendahului dalam negara Islam bersenjata nuklear itu. Bagaimanapun, penyokong Perdana Menteri, Nawaz Sharif yang dipenjarakan berkata, proses pengiraan undi menghina demokrasi di negara yang mempunyai sejarah pemerintahan tentera itu. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP), Babar Yaqoob memberitahu, proses pengundian tertangguh akibat kegagalan teknikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya