KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Kelantan hari ini menahan 106 nelayan warga asing dalam Ops Mega 3.0 di sekitar kawasan Tok Bali, Pasir Puteh. Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen (Kawalan) Kelantan, Siti Khadijah Hamzah berkata antara kesalahan yang dilakukan warga asing dari Vietnam dan Myanmar berumur antara 18 dan 55 tahun itu ialah tiada dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa yang ditetapkan. Dalam operasi kira-kira tiga jam bermula pukul 12 tengah hari tadi, pihaknya turut memeriksa 120 lagi warga asing di sekitar kawasan berkenaan namun mereka tidak melakukan kesalahan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya