RIO DE JANEIRO 18 Julai – Trend menculik ahli keluarga pemain bolasepak terkenal Brazil terus menjadi-jadi di negara itu dengan terbaharu ibu kepada pemain sayap Piala Dunia 2018, Taison menjadi mangsa. Mujur beberapa jam selepas diculik, polis berjaya mengesan dan menyelamatkan Rosangela Barcellos Freda, 58, yang disembunyikan di sebuah perkampungan terpencil di Monte Bonito yang terletak behampiran dengan sempadan Uruguay. Ketika ditemui polis, Freda diikat pada sebuah kerusi. Modes operandi kuumpulan penculik ini mudah sahaja iaitu menyamar menjadi penghantar bunga sebelum menyerbu masuk dan melarikan mangsa menggunakan sebuah kereta yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya