SINGAPURA 30 Julai – Penangguhan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan kajian semua Perjanjian Air 1962 tidak merencatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. Sebaliknya, katanya kedua-dua kerajaan melihat isu HSR dan perjanjian air perlu ditangani tetapi tidak seharusnya mengganggu gugat hubungan baik dua hala yang sedia ada. Malah kedua-dua kerajaan mahu mempertingkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara, katanya kepada Bernama pada lawatan rasmi pertama ke negara ini atas jemputan rakan sejawatannya, Dr Vivian Balakrishnan. Kunjungan tersebut adalah sebahagian daripada siri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya