KUALA LUMPUR 16 Julai – Skuad hoki lelaki negara dilihat berpeluang cerah untuk melangkah ke perlawanan akhir Sukan Asia 2018 dalam misi memburu pingat emas jika melihat kepada hasil undian hari ini. Malaysia yang menghuni ranking ke-12 dunia diundi dalam Kumpulan B bersama Pakistan, Bangladesh, Indonesia, Oman dan Thailand manakala Kumpulan A terdiri daripada India, Jepun, Korea Selatan, Sri Lanka dan Hong Kong. Bekas pemain kebangsaan Maninderjit Singh berkata, peluang tersebut harus dimanfaatkan dengan sebaiknya dan dalam masa sama skuad Malaysian Tigers perlu berusaha untuk menamatkan persaingan peringkat kumpulan selaku…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya