RAMALLAH, Palestin – Seorang remaja perempuan Palestin yang dipenjarakan Israel kerana menampar dan menendang tentera Zionis di Tebing Barat akan dibebaskan hari ini selepas lapan bulan dihukum di belakang tirai besi. Ahed Tamimi ditahan pada 19 Disember lalu selepas dia dirakam bersama sepupunya, Nour Tamimi di belakang rumah mereka di Nabi Saleh, dekat Ramallah menyuruh dua askar Israel pergi sebelum menolak, menendang dan menampar mereka. Gadis tersebut berusia 16 tahun ketika kejadian dan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-17 di dalam penjara. Dia ditolak untuk diikat jamin ketika ditahan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya