KEMAMAN 17 Julai – Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) menjangkakan hasil siasatan penuh kebakaran tangki simpanan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini hanya akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata, bagaimanapun pada ketika ini proses siasatan yang dijalankan telah selesai kira-kira 75 peratus dan setakat ini lebih 20 individu telah dipanggil untuk membantu siasatan. Menurut beliau, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan kebakaran tersebut berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan di kilang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya