Dengan kemajuan dan kemakmuran negara yang dikecapi hari ini, ramai yang tidak sedar akan pengorbanan dan perjuangan golongan perajurit yang tiada nilainya dalam memastikan negara bebas daripada penjajah dan ancaman komunis. Meskipun ada sebahagian besar daripada kita yang tidak sempat merasakan zaman penjajahan dan darurat sebelum ini, kesiagaan anggota tentera yang sedia berkhidmat menjaga keamanan di darat, udara dan perairan negara harus terus dikenang dan disanjung sampai bila-bila. Masyarakat khususnya generasi muda perlu menyelami dan mengambil iktibar keberanian dan semangat keperwiraan yang ditunjukkan veteran tentera yang sentiasa di barisan hadapan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya