SETIAP kali memandang pokok bunga fairy lily di halaman rumahnya yang terletak di Kajang, Selangor hati Norwati Abd. Aziz, 47, terdetik untuk membuangnya. Tumbuhan daripada genus bawang itu hanya tinggal akar dan beberapa helai daun yang telah kering. Pasunya juga sudah lama pecah selain tiada langsung tanah yang menjadi komponen penting pertumbuhannya. Namun, hasrat itu sering tertangguh dek kesibukan rutin seharian. Suatu pagi ketika Norwati tekad untuk menunaikan niatnya, pokok itu mengeluarkan empat kuntum bunga baharu berwarna merah jambu. Peristiwa enam tahun lalu itu menjadi ilham untuk Norwati dan suaminya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya