AMPANG – Seorang guru lelaki yang dipercayai mencabul murid perempuan berusia 10 tahun di sebuah sekolah di daerah ini pada Mei lalu telah ditahan polis semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini kira-kira pukul 2 petang tadi. “Polis menerima laporan daripada ibu mangsa pada 16 Jun lalu namun difahamkan keluarga mangsa membuat laporan tersebut sebagai rujukan untuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi tindakan selanjutnya. “Setelah menerima laporan berkenaan, kami membuka kertas siasatan untuk tindakan selanjutnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya