PULAU PINANG 23 Julai – Seorang guru agama di sebuah sekolah di Sungai Ara di sini ditahan polis kerana disyaki mencabul beberapa orang murid lelaki sekolah berkenaan. Difahamkan, guru lelaki berkenaan yang berusia 40 tahun ditahan polis petang tadi di perkarangan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya selepas empat laporan dibuat oleh beberapa waris murid tahun lima yang menjadi mangsa. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya