KUALA LANGAT – Dua penyamun tekad menggunakan sebatang cangkul untuk memecah masuk sebuah stesen minyak sebelum melarikan pelbagai barang dari premis itu bernilai RM2,100 di Batu 7, Sijangkang di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu dilakukan dua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 30-an. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superitendan Kamalariffin Aman Shah berkata, kejadian disedari pekerja stesen berkenaan ketika ingin memulakan kerja pada pukul 6.20 pagi. Katanya, pekerja tersebut mendapati cermin pada bahagian kaunter telah dipecahkan oleh penjenayah dipercayai menggunakan senjata keras. “Pemeriksaan mendapati suspek telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya