LONDON 26 Julai – Jaringan menakjubkan pemain Perancis, Benjamin Pavard ketika menentang Argentina telah diundi sebagai gol paling hebat dalam kempen Piala Dunia 2018. Lebih daripada tiga juta pengundi terdiri dalam kalangan penyokong melayari laman web rasmi FIFA bagi membuat undi ke atas Pavard berbanding sepakan percuma pemain Colombia, Juan Quintero ketika menentang Jepun. Jaringan gol penyamaan Pavard ketika aksi pusingan 16 akhir Perancis menentang Argentina itu dilakukan menerusi rembatan kencang selepas bola dari jarak jauh hingga membolehkan bola itu menyerong memasuki gawang. Perancis berjaya menewaskan Argentina dengan keputusan 4-3…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya