KUALA LUMPUR 30 Julai – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun disaran mempertimbangkan pelaksanaan penggantungan kerja terhadap mana-mana ketua polis daerah (KPD) yang gagal melaksanakan tanggungjawab dalam membanteras judi haram. ZAMBRI MOHD. ISA Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, penggantungan maksimum selama tiga tahun wajar dilaksanakan sebagai memberi mesej bahawa isu berkaitan judi tidak boleh dipandang remeh dan perlu dibanteras habis-habisan. Pada masa sama, beliau berharap agar Mohamad Fuzi terus mempamerkan sikap konsisten berhubung isu tersebut dan dapat memperluaskan tindakan pertukaran serta-merta ke seluruh negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya