ISKANDAR PUTERI 18 Julai – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri ini akan memastikan tidak berlaku lambakan buah-buahan bermusim terutamanya durian. Pengarahnya, Alwi Anang turut memberi jaminan kepada pengusaha atau pengeluar buah-buahan bahawa mereka masih mampu menjual hasil tanaman itu pada harga yang munasabah. “Tidak timbul isu lambakan pengeluaran buah-buahan sehingga mendatangkan kerugian kepada pengeluar walaupun hasil pengeluaran meningkat lebih 40 peratus berbanding tahun sebelum ini bagi daerah Muar dan Tangkak. “Kita sudah membuat persiapan awal bagi menghadapi pertambahan pengeluaran dengan mengadakan pelbagai promosi jualan buah-buahan tersebut di seluruh negeri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya