PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap isu pemain skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Amirul Ashrafiq Hanifah yang melakukan kesilapan memuat naik bendera Indonesia pada Instagram miliknya sebelum berlepas ke Surabaya, Indonesia kelmarin untuk kejohanan bola sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-16 selesai. Amirul kini menjadi subjek serangan media-media di Indonesia kerana kesilapannya memuat naik status tersebut yang dikatakan menghina Indonesia. FAM dalam kenyataannya menerusi Facebook rasminya memberitahu, Amirul sudah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya itu dan berharap isu tersebut tidak berlanjutan memandangkan skuad kendalian Raja Azlan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya