STOCKHOLM 25 Julai – Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan untuk membalas balik tarif Amerika Syarikat (AS) melalui pengenaan tarif terhadap produk AS yang bernilai AS20 bilion (RM81.2 bilion). Pesuruhjaya EU, Cecilia Malmstrom berkata, tindakan itu akan dilaksanakan jika Washington meneruskan ugutan mengenakan tarif itu terhadap kereta Eropah. “Kami berharap perkara ini tidak berlaku dan kita boleh mencapai penyelesaian. Jika tidak Suruhanjaya Eropah akan menyediakan senarai panjang produk AS. Kesemuanya bernilai sekitar AS$20 bilion,’’ katanya. Menurut beliau, produk tersebut antaranya peralatan jentera, pertanian dan produk berteknologi tinggi. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya