ANKARA 29 Julai – Presiden Recep Tayyip Erdogan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa sekatan ekonomi tidak akan membuatkan Ankara `berundur’ selepas Presiden AS, Donald Trump mengugut akan menghukum Turki jika tidak membebaskan seorang paderi AS. Tegas Erdogan, Washington perlu ingat bahawa negara itu akan kehilangan rakan yang jujur dan kuat seperti Turki jika masih tidak berubah sikap. “Kamu (AS) tidak boleh memaksa Turki untuk berundur dengan mengenakan sekatan, perubahan sikap ini adalah masalah Trump, bukan saya,’’ katanya kepada wartawan ketika berkunjung ke Afrika Selatan sambil menyifatkan ancaman AS…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya