KEMAMAN – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan empat buah bot nelayan Vietnam yang disyaki menangkap ikan secara haram di perairan Kemaman dekat sini semalam. Seramai 41 nelayan Vietnam termasuk empat tekong berusia dalam lingkungan 19 hingga 57 tahun turut berjaya diberkas oleh Ops Perkasa yang dilakukan kapal penguat kuasa KM Gemia dari pukul 10.40 pagi hingga 1.20 tengah hari. Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Mohamad Rezal Kamalbashah berkata, kesemua bot nelayan terbabit berjaya ditahan KM Gemia pada kedudukan antara 100 hingga 104 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman dekat sini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya