MANILA 23 Julai – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berikrar untuk meneruskan kempen memerangi dadah sambil menyatakan ia akan lebih ‘tegas’ berbanding sebelum ini. Seramai lebih 4,500 suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan dadah telah ditembak mati oleh polis sejak Duterte mengambil alih tampuk pemerintahan di negara itu. Polis sebelum ini turut menafikan dakwaan oleh kumpulan hak asasi manusia dan pengkritik bahawa beberapa pembunuhan itu adalah hukuman mati. Mereka berkata terpaksa menggunakan kekerasan apabila suspek enggan memberi kerjasama. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya