KEMAMAN 16 Julai – Dua daripada 21 deretan kedai menjual lemang di pinggir jalan raya di kawasan yang diberi jolokan Wilayah Lemang Kijal musnah dalam kebakaran malam tadi. Kebakaran kira-kira pukul 11 malam yang turut mengejutkan kalangan pengguna jalan raya itu dipercayai bermula di bahagian belakang premis tersebut akibat dari percikan api dari timbunan sisa buluh lemang yang dibakar tidak jauh dari premis itu. Pemilik kedai, Yassin Mohammad, 64 , ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumahnya di Kampung Darat, Bukit Kemuning selepas selesai berniaga. “Apabila mendengar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya