KUALA PILAH – Dua remaja lelaki masing-masing berusia 15 tahun maut apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Kilometer 1 Jalan Tanjung Ipoh-Seri Menanti dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengahari itu, kedua-dua mangsa, Muhammad Emir Safuan Saifullizan yang menunggang motosikal tersebut dan pemboncengnya, Mohammad Syamir Sulaiman maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, pemandu Perodua Alza iaitu seorang lelaki berusia 56 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. “Siasatan awal di tempat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya