KUALA SELANGOR – Dua pelajar Universiti Selangor (Unisel) nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di simpang tiga Jalan Raja Musa – Ladang Tanamaram di sini petang tadi. Akibat kejadian berkenaan, kedua-dua pelajar lelaki berusia 19 tahun itu tersepit dalam kereta jenis Perodua Axia dinaiki mereka. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Penolong Penguasa Bomba, Sahidallah Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.36 petang. Katanya, sepasukan lapan anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera FRT dikejarkan ke tempat kejadian.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya