KUALA LUMPUR 28 Julai – Dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa serta merta hari ini. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, seorang daripada mereka ialah Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad yang akan mengalas tugas sebagai Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan. “Manakala tugas Ali pula akan diisi oleh Asisten Komisioner Samsor Maarof yang sebelum ini menyandang jawatan itu (Komandan Pulapol Air Hitam),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya